HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah - 24 Aug 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN, GRED G27 


Bidang Tugas : 

Bertanggungjawab membantu Pegawai-Pegawai Perikanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan, pengurusan serta pengoperasian projek akuakultur.


Syarat Kelayakan & Lantikan :-

1. Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Mempunyai DIPLOMA dalam bidang Perikanan atau Akuakultur atau bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
Dan

b) Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

2. Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam mengendalikan projek akuakultur akan
memberi kelebihan kepada calon.


Cara Memohon:

1. Sila dapatkan borang permohonan daripada Unit Sumber Manusia KO-NELAYAN sepertimana alamat dibawah.

2. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dengan menyertakan salinan dokumen dan sijil berkaitan ke alamat di bawah :-

PENGURUS BESAR
KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN),
ARAS 4, BLOK A, WISMA PERTANIAN SABAH,
BEG BERKUNCI 150, 88994 KOTA KINABALU.
(UP: UNIT SUMBER MANUSIA) NO. TEL : 088-294301/305


Catatan Am :

1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan berkenaan tidak berjaya.

3. Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat tidak akan dilayan.


Tarikh tutup permohonan : 24 Ogos 2015




Jawatan Kosong Terkini 2015 di Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah http://mehkerja.blogspot.com/





0 Response to "Jawatan Kosong di Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah - 24 Aug 2015"

Post a Comment