Jawatan Kosong di Majlis Daerah Bera - 21 Aug 2015 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Bera - 21 Aug 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Malaysia yang ( keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang ) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut :-



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (UNDANG-UNDANG) N41

2. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

4. PEMBANTU AKAUNTAN W17

5. PEMBANTU PENILAIAN W17


Cara Permohonan:

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan MD. BERA 1 Pindaan
1 - 2010 dengan harga RM 1.00 setiap borang yang boleh didapati dengan cara
datang sendiri atau secara menulis surat dengan menyertakan sampul surat
beralamat sendiri, bersetem RM 0.50 dan wang pos bernilai RM 1.00 atas nama
Yang Dipertua, Majlis Daerah Bera. 

Borang yang dicetak melalui Laman Web Majlis
iaitu www.mdbera.gov.my/muatturun melalui link di bawah adalah percuma. Sila kemukakan permohonan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BERA
28200 BANDAR BERA
PAHANG DARUL MAKMUR
( u.p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia )

ii) Permohonan daripada pegawai yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan
Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua
Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘ A 21’. Permohonan hendaklah
dikemukakan bersama Kenyataan perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan 2014 ( termasuk kakitangan kontrak ).

iii) Permohonan berikut akan ditolak jika :

a) Tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan mykad, setem RM 0.50,

gambar dan tidak menyertakan salinan sijil-sijil yang telah disahkan ;

b) Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan ; dan

c) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang
berkhidmat ( termasuk kakitangan kontrak ).


Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar sebelum atau pada 21 Ogos 2015 ( Jumaat )
ke Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 1,
Pejabat Majlis Daerah Bera.





Jawatan Kosong Terkini 2015 di Majlis Daerah Bera http://mehkerja.blogspot.com/




0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Bera - 21 Aug 2015"

Post a Comment