Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Imigresen Malaysia - 20 Sep 2015 [437 Kekosongan]

Jabatan Imigresen Malaysia mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi 437 kekosongan jawatan terkini sebagai :



Jawatan:

1. PEGAWAI IMIGRESEN MALAYSIA KP17 - (437 Kekosongan)


Syarat Lantikan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM936.00 ] dan

ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

c. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

d. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

e. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

g. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.


Tarikh tutup permohonan : 20 September 2015 (Ahad) @ 11.59 malam




Jawatan Kosong Terkini 2015 di Jabatan Imigresen Malaysia http://mehkerja.blogspot.com/




Previous Post Next Post