Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 29 Feb 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 29 Feb 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak Negeri Selangor) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti berikut:



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (GURU BESAR PRA SEKOLAH) GRED S27 (PEREMPUAN)

2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG PENGURUS / IMAM II) GRED S27 MASJID DIRAJA (LELAKI)

3. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG PENGURUS / IMAM II) GRED S27 MASJID KARIAH (LELAKI)

4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (GURU PRA SEKOLAH) GRED S17 (PEREMPUAN) 
5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PEMBANTU PENGURUS / BILAL / SIAK) GRED S17 MASJID DIRAJA (LELAKI)

6. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PEMBANTU PENGURUS / BILAL / SIAK) GRED S17 MASJID KARIAH (LELAKI)

7. PENGASUH PRA SEKOLAH (PEREMPUAN)


Tarikh tutup permohonan pada 29 Februari 2016





Jawatan Kosong Terkini 2016 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) http://mehkerja.blogspot.com/


Sejarah

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.

0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 29 Feb 2016"

Post a Comment