Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat - 29 Feb 2016

Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan seperti berikut:-



Jawatan:

1. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41


Cara memohon:

1. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN : 

i. Kad Pengenalan / Passport

ii. Sijil SPM / MCE, HSC / STPM atau setaraf

iii. Diploma, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)

iv. Salinan Sijil Pendaftaran & Sijil Amalan Tahunan ( Majlis Perubatan Malaysia / Lembaga Jururawat / Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia) *
*)untuk Pegawai Perubatan / Jururawat / Penolong Pegawai Perubatan)

2. Hanya permohonan yang ditapis – senarai akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang dipanggil TEMUDUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Jabatan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditutup hendaklah mengganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA. 


Sila kemukakan permohonan ke alamat :

PENGARAH
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SARAWAK 
LOT 42773, BLOK14, OFF JALAN SIOL KANAN
93050 KUCHING, SARAWAK.

NO. TEL : 082-449577/082-445710 (FAKS)


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Februari 2016


Jawatan Kosong Terkini 2016 di Jabatan Kebajikan Masyarakat http://mehkerja.blogspot.my/

Kerja Kosong Terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sejarah

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Di dalam jangkamasa 57 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:

1946 - 1951 
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya 

1952 - 1955 
Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial 

1956 - 1957 
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat 

1958 - 1959 
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat 

1960 - 1962 
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat 

1963 
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat 

1964 
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertingkatkan kepada Kementerian Kebajikan Am. Skop perkhidmatan diperluaskan dan struktur organisasi dimantapkan. 

1982 
Kementerian Kebajikan Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia. Perkhidmatan pembangunan sosial diperkukuhkan dengan pengwujudan perkhidmatan perkembangan sosial. 

1990 
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mulai 27 Oktober. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut. Kini JKMM adalah salah satu jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020. 

2004 
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut.

Previous Post Next Post