Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) - 15 Feb 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) - 15 Feb 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) seperti berikut;



Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W27

Syarat Lantikan

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) (i) diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan
perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;
[Gaji permulaan ialah pada Gred W27: RM 1,667.08]

(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United
Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W27: RM 1,892.68]

(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

 dan (e) mempunyai 3 – 5 tahun pengalaman dalam pengurusan akaun


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 15 Februari 2016





Jawatan Kosong Terkini 2015 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) http://mehkerja.blogspot.com/


Latar Belakang

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996 . Pada 27 Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri menjadi sebahagian daripadanya.

Walau bagaimanapun, Majlis Sukan Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1979 adalah tidak meliputi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dari segi Akta Majlis Sukan Negara (Pindaan) 1979 (Akta A460) Seksyen 2(a). Seksyen tersebut hanya menyatakan kewujudan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Negeri di bawah seksyen 7 dan tidak merujuk kepada Majlis Sukan Kuala Lumpur.

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) - 15 Feb 2016"

Post a Comment