Jawatan Kosong di Majlis Daerah Dabong - 3 April 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Dabong - 3 April 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak Negeri Kelantan) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Dabong seperti berikut:



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

2. PEMBANTU TADBIR UNIT PERKERANIAN / OPERASI GRED N17


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDD yang boleh didapati di Majlis Daerah Dabong secara tunai berharga RM 3.00 setiap satu.

b) Permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar yang berukuran pasport, salinan-salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, ijazah, diploma dan sijil-sijil persekolahan atau dokumen/testimonial yang berkaitan yang telah disahkan.

c) Borang permohonan yang telah lengkap diidi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 22cm x 11cm beralamat sendiri serta bersetem, dan disudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan di pohon. Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja.

d) Permohonan yang lewat diterima atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.

e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH DABONG
18200 DABONG KELANTAN.

f) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

g) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada  : 03 April 2016 / 25 Jamadilakhir 1437H




http://mehkerja.blogspot.my/


Sejarah Dabong

Dabong ialah sebuah pekan kecil yang terletak dalam Daerah Kuala Krai, Kelantan. Dabong merupakan daerah terbesar dengan keluasan 84,007.06 hektar. Walaupun Dabong merupakan daerah yang paling kurang membangun, ia merupakan pusat pentadbiran kedua bagi Jajahan Kuala Krai.

Pusat pentadbiran Majlis Daerah Dabong (MDD) terletak di Pekan Dabong iaitu kira-kira 87km dari Kuala Krai dan 155km dai ibu negeri Kelantan (Kota Bharu). Keluasan Majlis Daerah Dabong merangkumi 145,173.254 hektar secara keseluruhannya. Ia merangkumi dua daerah besar di dalamnya iaitu Daerah Dabong (84,007.06 hektar) dan Daerah Olak Jeram (61,166.19 hektar). Daerah Dabong terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Kuala Pergau, Mukim Kuala Geris, Mukim Stong dan Mukim Kandek. Manakala bagi Daerah Olak Jeram pula terbahagi kepada tiga mukim iaitu Mukim Manek Urai, Mukim Manjor, dan Mukim Gajah

Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau di utara,selatan, barat dan timur. Majlis Daerah Dabong didominasi oleh kawasan hutan dan pergunungan yang kaya dengan sumber semulajadi yang terkenal terutamanya Air Terjun Gunung Stong (1422m) yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Terenggara. Sungai yang mengalir di Dabong ialah Sungai Galas.

Daerah Dabong ini juga dikenali sebagai 'natural gateway' bagi pelancongan yang berteraskan alam semulajadi. Terdapat juga beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pengunjung seperti Gua Ikan, Air Terjun Lata Rek dan Air Terjun Lata Kertas. Terdapat juga landasan keretapi melintasi kawasan Dabong dan berhenti di Stesen Keretapi Dabong.

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Dabong - 3 April 2016"

Post a Comment