Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Ketereh - 14 April 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Kelantan yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Ketereh.



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29


Deskripsi Tugas:

a) Bertanggungjawab menggubal/meminda/mengubahsuai undang-undang
kecil, peraturan, kaedah-kaedah bersesuaian keperluan Majlis,

b) Menasihati dan memberi pendapat dari segi perundangan kepada
Majlis/Bahagian-Bahagian/operasi penguatkuasaan bersama agensi lain,

c) Menguruskan kes-kes pendakwaan dan urusan mahkamah, bagi pihak
MDK

d) Bertanggungjawab merangka notis, waran dan arahan mandatory
berhubung dengan penguatkuasaan,

e) Urusan menentukan jumlah/kadar kompaun dan denda ke atas
pelanggaran undang-undang kecil/peraturan serta mendengar rayuan
selaras dengan kehendak peruntukan undang-undang,

f) Bertanggungjawab mengawal, mengurus dan menyimpan semua UndangUndang
Kecil/Peraturan/arahan/kaedah-kaedah/pekeliling berkaitan
perundangan/keputusan dasar Majlis/Pihak Berkuasa Negeri,


g) Lain-lain tugas yang diarah dari masa ke semasa


Tarikh tutup permohonan : 14 April 2016


Jawatan Kosong Terkini 2015 di Majlis Daerah Ketereh http://mehkerja.blogspot.com/


Penubuhan Majlis Daerah Ketereh

Majlis Daerah Ketereh (MDK) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1979 bersamaan 2 Safar 1399H dengan nama Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) hasil penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Kelantan dibawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan. Nama Majlis Daerah Kota Bharu ditukar kepada Majlis Daerah Ketereh pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharam 1427H. Pada tanggal 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H, Majlis Daerah Ketereh telah diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam dan telah dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI).

Kawasan dan Keluasan

Majlis Daerah Ketereh merangkumi kawasan seluas 155.90 km persegi yang meliputi kawasan-kawasan keseluruhan Daerah Ketereh, Daerah Peringat, Daerah Kadok, Mukim Salor(Daerah Salor), Mukim Pendek(Daerah Pendek) dan Mukim Badak Mati(Daerah Banggu). Pada 9 September 2004, pewartaan kawasan baru seluas 49.04 km persegi yang merangkumi seluruh Daerah Beta, Daerah Salor, Mukim Lembu dan sebahagian Mukim Tiong(dalam Daerah Pendek) telah diluluskan dan menjadikan jumlah keluasan terbaru ialah seluas 204.94 km persegi. Pusat pentadbiran Majlis Daerah Ketereh terletak di Pekan Ketereh iaitu 20 km ke selatan daripada pusat Bandar Kota Bharu.

Keluasan Daerah Ketereh merangkumi Daerah Peringat, Mukim Pendek, Mukim Salor, Mukim Badak Mati dan Mukim Kadok. Seterusnya pada 2 Jun 2004, keluasan daerah ini bertambah sebanyak 49.04 kilometer persegi merangkumi Daerah Beta, Daerah Salor, Mukim Lembu dan Mukim Tiong.

Previous Post Next Post