Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) - 12 May 2016

Adalah mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) (Rakyat Terengganu menjadi keutamaan) :-



Jawatan:

JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. AKAUNTAN W41

2. JURUTERA (AWAM / MEKANIKAL) J41

3. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

4. PEGAWAI TADBIR N41


JAWATAN KUMPULAN SOKONGAN

1. PENOLONG AKAUNTAN W27

2. PENOLONG JURUTERA JA29

3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

4. SETIAUSAHA PEJABAT N27

5. PEMBANTU KEMAHIRAN H17

6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

8. PEMANDU KENDERAAN H11


Tarikh Tutup Permohonan : 12 May 2016






Sejarah/Latar Belakang

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah ditubuhkan pada 1 April,1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu (Bil.3/1965). Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadi agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.

Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Begitu juga apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991 - 2000 (DPN) yang bermula pada tahun 1991, PMINT juga turut melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.

PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas meliputi hampir ke semua sektor ekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti PMINT dijalankan melalui dua cara iaitu secara langsung dan melalui syarikat-syarikat anak.

Objektif penubuhan PMINT :
  • Untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
  • Meningkatkan aktiviti ekonomi.
  • Pembangunan sumber tenaga manusia.
  • Memesatkan rancangan-rancangan pembangunan bandar dan luar bandar.
  • Meningkatkan serta memperkukuh asas ekonomi bumiputera dengan melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

Previous Post Next Post