HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang - 2 May 2016

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai :



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (AUDITAN) N44

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N26


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Mei 2016








Latar Belakang

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1956 di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955. SPPP adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan. Sebagai sebuah Badan Berkanun, SPPP bertanggungjawab terhadap pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang. Tanggungjawab yang dijalankan oleh SPPP sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955 adalah untuk menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan dan feri di Pelabuhan Pulau Pinang di samping meningkatkan kemajuan, pembangunan dan penggunaan pelabuhan.

Pelabuhan Pulau Pinang yang ditadbir oleh SPPP merupakan sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia yang menawarkan pelbagai kemudahan dan peralatan moden untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo am. 

Mulai 1 Januari 1994, operasi perkhidmatan pelabuhan dan feri di Pelabuhan Pulau Pinang telah diswastakan kepada pengendali berlesen iaitu Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mengikut Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990. SPPP masih kekal sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab tambahan iaitu sebagai Badan Kawal Selia mengikut Akta Pelabuhan-pelabuhan (Penswastaan) 1990, Pusat Sumber Pelabuhan bagi kawasan utara dan pihak Pentadbir Zon Bebas Komersil mengikut Akta Zon Bebas 1990 dan Peraturan-peraturan Zon Bebas 1991. 

Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955 dalam tahun 1995. Pindaan ini membolehkan kuasa SPPP sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia diperluaskan ke lain-lain pelabuhan. Berkuat kuasa 1 Januari 1999, SPPP telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan juga Badan Kawal Selia bagi Jeti Teluk Ewa apabila ianya diswastakan.

Selain itu, SPPP juga bertindak selaku fasilitator bagi aktiviti perdagangan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan pelabuhan. SPPP juga komited dalam mempromosikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan pilihan utama dalam Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Teluk Benggala serta menjadi hab logistik di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

SPPP berfungsi sebagai:
  • Pihak Berkuasa Pelabuhan
  • Badan Kawal Selia
  • Pusat Sumber Pelabuhan
  • Pentadbir Zon Bebas Komersil
  • Fasilitator Perdagangan

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang - 2 May 2016"

Post a Comment