Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat - 26 May 2016

Warganegara Malaysia (Tinggal di Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan Jawatan Tetap bagi Kumpulan Sokongan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Darul Aman.



Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11


Syarat Kelayakan:

Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang setaraf dengan nya
oleh kerajaan;

ii) Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali Lesen Memandu dalam
tempoh percubaan (P); dan

iii) Berkebolehan memanmdu, mengendali dan menyelenggara kenderaan
berkenaan yang diliputi oleh perkhidmatan ini.


Tarikh Tutup Permohonan : 26 May 2016


Jawatan Kosong Terkini 2016 di Jabatan Kebajikan Masyarakat http://mehkerja.blogspot.my/

Kerja Kosong Terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sejarah

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Di dalam jangkamasa 57 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:

1946 - 1951 
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya 

1952 - 1955 
Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial 

1956 - 1957 
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat 

1958 - 1959 
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat 

1960 - 1962 
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat 

1963 
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat 

1964 
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertingkatkan kepada Kementerian Kebajikan Am. Skop perkhidmatan diperluaskan dan struktur organisasi dimantapkan. 

1982 
Kementerian Kebajikan Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia. Perkhidmatan pembangunan sosial diperkukuhkan dengan pengwujudan perkhidmatan perkembangan sosial. 

1990 
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mulai 27 Oktober. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut. Kini JKMM adalah salah satu jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020. 

2004
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut.

Previous Post Next Post