Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintulu - 27 May 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dipelawa untuk memohon jawatan di Lembaga Pelabuhan Bintulu.



Jawatan:

1.  PEGAWAI TADBIR (KEBOMBAAN) N41


Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
 (Gaji Permulaan Gred N41 : RM 1,911.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tingi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
 (Gaji Permulaan Gred N41 : RM2,114.43); atau

 (iii) ijazah Sarjana Muda Undang-undang
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tingi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya
 (Gaji Permulaan: RM 2,216.64); atau

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan
pancaindera seperti yang berikut;

 (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi
lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;

 (ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg
bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

 (iii) mempunyai ukuran indeks jisim badan
(BMI) di antara julat 19 hingga 26;

 (iv) mempunyai ukuran dada yang biasa
sekurang-kurangnya 81sm dan semasa
menarik nafas 86sm (lelaki sahaja);

 (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata
kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketepatan V6/9 tanpa
menggunakan cermin mata;

vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk
berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;

vii) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

 (viii) lulus dalam ujian fizikal [berenang,
berlari & tekan tubi (push up)] yang
akan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Melantik;

(e) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua
Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa.


Tarikh tutup permohonan : 27 May 2016





Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintulu


Sejarah Lembaga Pelabuhan Bintulu

Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 15hb Ogos 1981 di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 yang merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Bintulu meliputi pembangunan, pentadbiran, pemasaran dan pembekalan perkhidmatan pelabuhan yang lengkap dan cekap dengan matlamat untuk menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai pusat pengangkutan dan pengedaran yang terbesar dan paling efisien di rangkaian BIMP-EAGA. Pelabuhan Bintulu memulakan operasinya pada 1hb Januari 1983.

Pelabuhan Bintulu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa yang mempunyai kedudukan yang strategik di Timur Laut Sarawak iaitu di dalam laluan di antara Timur Jauh dengan Eropah. Ia juga merupakan laluan utama ekspot gas asli cecair (LNG) dari Malaysia. Di samping itu, Pelabuhan Bintulu juga menawarkan kemudahan dan peralatan yang moden serta canggih untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair dan kering serta kargo am.

Mulai 1 Januari 1993, operasi perkhidmatan Pelabuhan Bintulu telah diswastakan di bawah Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 sejajar dengan Dasar Penswastaan Kebangsaan. Dengan penswastaan tersebut, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah melesenkan sebuah syarikat operasi pelabuhan iaitu Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) untuk menjalankan operasi perkhidmatan pelabuhan dan yang berkaitan dengannya di Pelabuhan Bintulu. Syarikat Bintulu Port Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 23hb Disember 1992 dan seterusnya memulakan operasinya pada 1hb Januari 1993.

Berikutan penswastaan operasi Pelabuhan Bintulu pada tahun 1993, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah disusun semula agar sejajar dengan fungsi utamanya sebagai Badan Kawalselia. Dengan ini, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi kawalselia dalam mengawasi segala aktiviti pelabuhan termasuk penggunaan kemudahan dan operasi pelabuhan oleh pengendali pelabuhan berlesen dan bertindak sebagai pemilik kepada aset hartanah, bertindak selaku fasilitator perdagangan, perancang dan pembangunan Pelabuhan. Lembaga Pelabuhan Bintulu juga bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan keselamatan operasi pelabuhan.

Previous Post Next Post