Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Kedah - 30 May 2016

Lembaga Zakat Kedah dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan berikut:-



Jawatan:

1. EKSEKUTIF (AGIHAN DAN KUTIPAN)


Calon-Calon Hendaklah:

· Lelaki warganegara Malaysia

· Berkelulusan Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau bidang yang berkaitan.

· atau kelulusan yang setara dengannya seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

· Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

· Mahir menggunakan komputer.

· Mahir menulis jawi dan membaca Al-Quran dengan baik.

· Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2 dan D bagi tujuan tugasan siasatan diluar
kawasan.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijil-sijil berkaitan kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ARAS 5, MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200, ALOR SETAR, KEDAH
(U/P: JABATAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA)
Tel : 04-7331740 Faks : 04-7316280
Email : jpsm@zakatkedah.com / Web : www.zakatkedah.com


Tarikh Tutup Permohonan : 30 May 2016


Asal Usul Zakat Di Negeri Kedah

Aktiviti zakat di dalam negeri Kedah ini sudah berjalan lebih daripada 60 tahun yakni sebelum wujudnya undang-undang atau enakmen kutipan zakat yang diluluskan oleh kerajaan negeri. Hal ini menunjukkan orang-orang dahulu sudah peka akan kewajipan berzakat yang menjadi salah satu rukun Islam.

Pada awalnya, zakat dikeluarkan mengikut kemahuan sendiri tanpa melibatkan pihak berkuasa iaitu ulil amri yang bertanggungjawab menjalankan kutipan zakat. Bagi mereka yang beriman pada ketika itu, solat dan zakat disempurnakan dengan baik yakni zakat dikeluarkan mengikut kadar yang diwajibkan. Namun, ada dikalangan penduduk pada masa itu turut mengeluarkan zakat tetapi tidak memenuhi tuntutan agama Islam. Zakat yang dikeluarkan pula hanya tertumpu kepada zakat padi semata-mata disebabkan fahaman mereka pada masa itu. Inilah situasi yang berlaku ketika itu. Pendek kata, zakat yang dikeluarkan pada masa itu mengikut tahap keimanan para petani.

Disebabkan berlakunya situasi tersebut, orang ramai telah mengadu kepada Syeikhul Islam Negeri Kedah Syeikh Wan Sulaiman Bin Wan Sidek (1874-1935) pada masa itu berhubung dengan pemberian zakat yang tidak sempurna serta tidak sampai kepada asnaf yang memerlukan. Justeru, Syeikhul Islam telah mengemukakan masalah ini kepada Pemangku Raja pada ketika itu DYTM Tengku Mahmud Ibnu Sultan Ahmad Tajudin (1876-1973). Maka, ketika ditanya oleh Pemangku Raja bagaimana sepatutnya dijalankan kutipan zakat ini maka dijawab oleh Syeikhul Islam “hendaklah zakat ini kembali kepada tanggungjawab asal iaitu zakat ditunaikan kepada ulil amri dalam satu-satu tempat”. Ianya telah dipersetujui oleh Pemangku Raja lalu menitahkan kepada orang ramai supaya menyerahkan zakat kepada amil-amil yang dilantik oleh ulil amri.

Pada permulaan perintah ini dilaksanakan, zakat dikeluarkan mengikut kehendak petani iaitu berapa bahagian daripada 8 asnaf itu hendak diberikan kepada amil. Kemudian sampai satu ketika diwujudkan satu undang-undang 4/8 daripada hasil zakat hendaklah diserahkan kepada amil yang dilantik manakala 4/8 lagi tepulang kepada pembayar untuk diberikan kepada orang-orang yang dipilih setempatnya. setelah beberapa lama berjalan, kemudian pada tahun 1955 wujudlah undang-undang zakat (enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman) iaitu zakat padi hendaklah dibayar 100% atau 8/8 kepada amil yang dilantik, jadi berjalanlah kutipan zakat ini begitu lama iaitu hanya zakat padi.

Kemudian pada tahun 1984-1997, pihak ulil amri telah melantik Dato’ Syeikh Mahmood Naim sebagai Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Beliau kemudiannya telah meluaskan pembayaran zakat harta ini kepada semua bidang harta yang wajib zakat, iaitu mulanya zakat padi telah berpindah kepada zakat harta (zakat pendapatan) yang lain termasuk dalam hasil usaha yang halal yang diusahakan oleh satu-satu individu. Alhamdulillah, hasilnya prestasi kutipan zakat terus meningkat saban tahun.

Kini, usaha untuk terus mengukuhkan institusi zakat Kedah melalui penambahbaikan undang-undang zakat terus dititikberatkan oleh Jawatankuasa Zakat Kedah bagi memastikan satu undang-undang lengkap yang bukan sahaja merangkumi zakat padi, malah zakat harta yang lain turut diwujudkan. Usaha berterusan ini akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun 2015, enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) diperkenalkan menggantikan enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK). Enakmen ini sekaligus menyaksikan pengurusan LZNK terus unggul seterusnya memastikan lebih ramai asnaf diluar sana dibela.

Previous Post Next Post