Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah - 1 Jun 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah - 1 Jun 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-



Jawatan:

1. JURUUKUR JA41


Syarat Lantikan:

a) Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
dan

b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara Memohon:

Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari
 Laman web SPANS di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/

Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS,
KOTA KINABALU.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2.3 Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad
pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa
[sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini
perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

2.4 Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak
memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak
akan dipertimbangkan.

2.5 Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang
jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan,
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya


Tarikh tutup permohonan : 01 June 2016





Jawatan Kosong Terkini 2015 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah http://mehkerja.blogspot.com/


Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah - 1 Jun 2016"

Post a Comment