Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - 26 May 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - 26 May 2016

Warganegara Malaysia yang menetap di Melaka, berminat dan berkelayakan, berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup permohonan adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) :



Jawatan:

1. EKSEKUTIF HASIL GRED EX-1

2. EKSEKUTIF PEMATUHAN BISNES GRED EX-1

3. EKSEKUTIF MIKROBIOLOGI GRED EX-1

4. EKSEKUTIF ICT (PENGATURCARAAN) GRED EX-1

5. JURUTEKNIKG RED NE6-1

6. JURUTEKNIK ICT GRED NE6-1

7. PEMBANTU AKAUNTAN GRED NE6-1

8. PEMBANTU TADBIR GRED NE4-1

9. PEMBACA METER GRED NE3-1

10. KREW GRED NE1-1


Tarikh tutup permohonan : 26 May 2016








Info Korporat

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) adalah sebuah syarikat yang berperanan dalam pengurusan Air Negeri Melaka dan bertanggungjawab di dalam perkhidmatan rawatan dan pengagihan air bersih di negeri ini. Syarikat ini telah mendapat lesen daripada Kerajaan Negeri Melaka untuk menyediakan perkhidmatan pembekalan air bersih kepada penduduk sekitar melalui Enakmen Perjanjian 2004. Sejarah bekalan air Negeri Melaka bermula lebih satu abad lalu apabila Empangan Ayer Keroh yang terletak kira-kira tujuh (7) batu dari Bandar Melaka telah dibina oleh ‘The Corps of Royal Engineer’ pada sekitar tahun 1898. Dengan terbina empangan ini, maka ia telah dapat memberi sumber air kepada penduduk secara amnya. Kemudian sistem bekalan ini diserahkan kepada Majlis Perbandaran untuk menyelenggarakan bekalan air dengan membayar sebanyak RM7,200.00 setahun kepada kerajaan sebagai pampasan untuk membiayai kos projek berkenaan. Apabila Bandar Melaka semakin berkembang maka bekalan air tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Maka, Empangan Asahan telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya dan kemudian diserahkan kepada Majlis Perbandaran Melaka untuk operasi dan penyelenggaraan. Kedua-dua punca bekalan air dari Asahan dan Ayer Keroh telah digunakan untuk membekalkan air ke Bandar Melaka. Setelah Perang Dunia Kedua, ternyata bahawa bekalan air dari kedua-dua punca iaitu Asahan dan Ayer Keroh tidak mencukupi untuk menampung penggunaan yang semakin meningkat.

Perancangan telah dibuat untuk membina sebuah lagi sistem bekalan dan pinjaman sebanyak RM 490,000.00 telah di pohon dari pihak kerajaan. Pinjaman ini telah diperolehi tetapi kekurangan kakitangan telah menangguhkan projek ini sehingga tahun 1952 apabila sebuah lagi loji telah di rekabentuk iaitu Loji Bukit Sebukor. Kos yang dianggarkan adalah sebanyak RM 2,507,000.00.Pada tahun 1963, Negeri Melaka telah mengalami kemarau yang panjang dan telah menjejaskan bekalan air pada tahap kritikal. Ekoran itu, sumber air mentah bagi Loji Bukit Sebukor telah dipindahkan dari Sungai Putat di Batu Berendam ke Sungai Melaka di Batu Lapan, Durian Tunggal. Empangan Durian Tunggal telah dibina pada tahun 1974 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1976. Hal ini adalah untuk menampung bekalan air kepada penduduk Negeri Melaka. Sebuah loji di Ladang Bertam juga telah dibina di bawah projek yang sama.

Melaka pernah mengalami krisis air yang paling buruk dalam sejarahnya pada tahun 1991 apabila Empangan Durian Tunggal yang merupakan nadi bekalan air Negeri Melaka menjadi kering dalam kemarau yang panjang. Krisis ini dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek dengan membina kolam takungan air untuk dipam ke Empangan Durian Tunggal. Projek penyaluran air sungai Muar-Melaka yang siap dilaksanakan pada tahun 1993 telah melengkapkan langkah mengatasi krisis air tersebut di samping menjamin bekalan air jangka panjang di Negeri Melaka.

Pada tahun 1993 Lembaga Air Melaka telah mengalami perubahan nama kepada Perbadanan Air Melaka (PAM) apabila ia diperbadankan. Pada 1 Julai 2006 Perbadanan Air Melaka telah dikorporatkan menjadi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Langkah ini untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna negeri ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui penswastaan. Selepas dikorporatkan, Syarikat Air Melaka Berhad telah diberi peranan dan bidang kuasa yang lebih luas tanpa menjejaskan segala aktiviti asal Perbandanan Air Melaka. Pengkorporatan Syarikat Air Melaka Berhad ini adalah sebagai usaha Kerajaan Negeri bagi memantapkan pengurusan serta pengagihan bekalan air kepada rakyat negeri ini dengan fungsi, objektif, peranan dan kuasa Syarikat Air Melaka Berhad yang lebih meluas.

0 Response to "Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - 26 May 2016"

Post a Comment