Jawatan Kosong di Jabatan Perhutanan Negeri Perak - 13 Jun 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perhutanan Negeri Perak - 13 Jun 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-



Jawatan:

1. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G27


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Keutamaan adalah Rakyat Negeri Perak;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sekurang-kurangnya Diploma Perhutanan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim
perkhidmatan ini.

(d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan JPN 1/2015 yang boleh
didapati secara PERCUMA di Kaunter Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Bahagian
Pentadbiran).

2. Permohonan juga dikehendaki mengemukakan ‘resume’ beserta dengan salinan sijilsijil
persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport
serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (salinan sijil perlu disahkan).

3. Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa
Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di
bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke alamat
berikut :-

JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK
ARAS 1, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PERSIARAN MERU UTAMA
BANDAR MERU RAYA
30020 IPOH

Catatan Am:

1. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja
akan dipanggil untuk temuduga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari
tarikh tutup adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

3. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perak berhak memilih mana-mana calon yang
difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.

4. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan
berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.

5. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab atau
menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.


Tarikh tutup permohonan : 13 June 2016







Pengenalan

Pada asasnya, pentadbiran perhutanan telah diwujudkan di Negeri Perak Darul Ridzuan dalam tahun 1895, Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1895. Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1901 dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pemelihara Hutan (Deputy Conservator of Forest). Pada tahun 1947, pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diperkemaskan lagi dengan penwujudan jawatan Pengarah Perhutanan Negeri.

Struktur organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Perak terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Bahagian Pembangunan Hutan dan Bahagian Operasi Hutan. Bagi melicinkan pentadbiran, Jabatan Perhutanan dibahagikan kepada lima(5) Daerah Pentadbiran Hutan yang setiap satunya diketuai oleh Pegawai Hutan Daerah (PHD). Di bawah setiap Pejabat Hutan Daerah ini pula terdapat beberapa Renj. Hutan.

Pentadbiran JPNPk dibahagikan kepada lima (5) Daerah Pentadbiran Hutan yang masing-masing dipecahkan kepada beberapa Renj.

i)   Hulu Perak - Pengkalan Hulu, Gerik I, Gerik II,Lenggong & Lawin

ii)  Larut & Matang -Taiping, Kuala Sepetang, Sg. Kerang, Sg. Sega & Kuala Trong.

iii) Kuala Kangsar - Simpang Lawin, Manong, Kuala, Sg. Siput & Lasah

iv) Kinta/Manjung - Batu Gajah (Utara), Batu Gajah (Selatan), Beruas & Lumut (Renj Kecil)

v)  Perak Selatan - Bidor / Tapah, Slim River & Telok Intan (Renj Kecil)

0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Perhutanan Negeri Perak - 13 Jun 2016"

Post a Comment