Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - 15 Jun 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) seperti berikut :-



Jawatan:

1. PENSYARAH GRED DS45

Bidang :

• Kreatif Multimedia

• Seni Reka Grafik

• Video Digital

• Teknologi Maklumat


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
 seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS45

(c) i. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau

 ii. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu 

 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Sementara/Sambilan


Cara Memohon:

Calon hendaklah memohon secara online di laman web ecampus.insaniah.my/rekrut. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dengan mengemukakan maklumat diri (Resume) beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan sijil-sijil berkaitan yang disahkan beserta Wang Pos sebanyak RM5.00 di atas nama Bendahari Kolej Universiti INSANIAH. Borang dan dokumen berkenaan hendaklah dicetak dan dipos/ dihantar ke alamat berikut

PENDAFTAR,
Kolej Universiti INSANIAH,
Kuala Ketil,
09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Jun 2016. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima apa-apa maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan.





Sejarah Awal Penubuhan

Idea penubuhan INSANIAH ini tercetus apabila dua orang Pegawai Tinggi kerajaan negeri, pada tahun 1993 iaitu Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Tuan Hj. Sukri Hashim, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YIK) telah mengadakan lawatan ke Kaherah Mesir, untuk meninjau pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan meneliti kebajikan mereka. Bermula dari sini, timbul cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri, mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Kedah Darul Aman.

Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Hj. Osman Hj. Arof telah mengarahkan agar dibuat satu kertas kerja yang berkonsepkan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam di negeri Kedah yang melaksanakan satu program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengadakan lawatan kerja bagi membuat perundingan awal ke Universiti Al-Azhar pada 26 hingga 31 Mac 1994.

Pihak Universiti al-Azhar pula telah membuat lawatan balas ke Negeri Kedah pada l hb hingga 7hb September 1994 yang diketuai oleh Rektornya Tuan Yang Terutama Prof. Dr. Abdul Fatah Al-Syeikh Husaini sehinggalalah perjanjian kerjasama MOU telah ditandatangani di Wisma Darul Aman, Kedah oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Dato' Seri Hj. Osman Hj. Aroff dengan Rektor Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Abd Fattah Husaini El-Syeikh pada 3hb September 1994.

Previous Post Next Post