HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam - 14 Jun 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam



Jawatan:

1. ARKITEK J41

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

3. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17


Tarikh tutup permohonan : 14 June 2016




Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam


Latar Belakang

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga  Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan :-
  • Majlis Tempatan Sekinchan
  • Majlis Tempatan Sungai Besar
  • Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, Dan
  • Lembaga Bandaran Sabak Bernam

Pengishtiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran 3 buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan :-
  • Pekan Sekinchan
  • Pekan Sungai Besar
  • Pekan Sabak Bernam
  • Pekan Bagan Terap
  • Pekan Sungai Haji Dorani
  • Pekan Sungai Nibong
  • Pekan Simpang Lima
  • Kg. Kian Sit (Sekinchan Site ‘A')
  • Pekan Parit Baru
  • Pekan Sungai Air Tawar
  • Pekan Pasir Panjang
  • Pekan Bagan Nakhoda Omar

Fungsi
  • Memberi dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai.
  • Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah, bersih dan menarik.
  • Mempastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan supaya teratur dan tersusun.
  • Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
  • Memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa disamping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik.

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam - 14 Jun 2016"

Post a Comment