Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) - 8 July 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) sebagaimana jawatan di bawah:



Jawatan:

1. AKAUNTAN W41/44

2. JURUTERA JA41/44

3. PEGAWAI TADBIR N41/44

4. PENOLONG AKAUNTAN W27/32

5. PENOLONG JURUTERA JA29

6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27/32

7. PENOLONG EPGAWAI TADBIR (KESELAMATAN) N27/32


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui gambar di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Julai 2016

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Perbadanan Sukan Sarawak (PSS












Perutusan Pengurus Besar PSNS

Sejak Ordinan Perbadanan Stadium Negeri Sarawak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 07 Mac 1972, Rang Undang-Undang Negeri Sarawak dengan tujuan utamanya memaju serta menyediakan kemudahan-kemudahan untuk semua jenis sukan dan olahraga untuk meninggikan taraf kesukanan di Bumi Kenyalang. 

Perbadanan Stadium Negeri Sarawak atau singkatannya PSNS adalah sebuah institusi yang memainkan peranan dalam menyumbangkan ke atas kecemerlangan Sukan di Negeri Sarawak. Di atas kesedaran inilah kemudahan-kemudahan sukan yang tersedia dan bertaraf Antarabangsa menjadikan PSNS sebagai pusat sukan yang penting dalam menuju era yang berasaskan mutu dan profresionalisme. 

Sejak wujudnya Stadium Negeri Sarawak, Stadium Perpaduan dan Stadium Hoki Negeri Sarawak beberapa tahun yang silam ramai orang dari seluruh dunia telah mengenali Perbadanan Stadium Negeri Sarawak, dan apatah lagi telah dikembangkan sayapnya dengan pembinaan Padang Golf Stadium, Gelanggang Gasing dan Dewan Sepak Takraw yang tentunya membuktikan khalayak yang luas dipertanggungjawab dan diamanahkan kepada Perbadanan Stadium Negeri Sarawak. 

Sejajar dengan pengembangan serta taraf Perbadanan Stadium Negeri Sarawak pada hari ini, maka diujudkan dunia maya Laman Web Rasmi Perbadanan Stadium Negeri Sarawak bagi menarik lebih ramai lagi orang dari seluruh pelusuk dunia mengenali kami. Dengan kehadiran teknologi maklumat ini, ternyata telah membawa tuah kepada dunia perstadiuman dan lebih pentingnya kami berupaya memaparkan maklumat tepat dan terkini dengan lebih pantas dan berkesan. Insyaallah jangkauannya akan lebih luas dari masa ke semasa, menemui anda pada setiap masa walau dimanapun.

Previous Post Next Post