Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) - 4 July 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) - 4 July 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelaayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Perbadanan Kampong Bharu (PKB) sebagai :-



Jawatan:
  
1. PEGAWAI TADBIR (PENGURUSAN TANAH), N48
  
2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI, E48


Cara Memohon:

(a) Calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan dokumen dokumen berikut:

(i) Resume;

(ii) Salinan Sijil Kelahiran;

(iii) Salinan Kad Pengenalan;

(iv) Salinan Berhenti Sekolah

(v) Salinan Sijil SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda;

(vi) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan

(vii) Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.


(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).


(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

(i) Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan

(ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.


(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru  kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS,
Lot 61, Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300 KUALA LUMPUR.
(u.p : Unit Khidmat Pengurusan)


Tarikh tutup permohonan : 04 Julai 2016


Sila baca dahulu syarat kelayakan dan deskripsi tugas melalui link di bawah



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini




Latar Belakang PKB

Kampong Bharu dibangunkan sejak 113 tahun lalu, terletak di Seksyen 41, Bandar Kuala Lumpur dengan keluasan keseluruhan 307.34 ekar (124.37 hektar).

Pecahan kategori tanah adalah seperti berikut :

1. Kawasan M.A.S (Malay Agriculture Settlement) seluas 222.76 ekar (89.70 hektar) mengandungi 7 buah kampung tradisi yang diwartakan pada 11 Januari, 1964. Ia merupakan tanah kurnia hakmilik kekal yang dikenakan sekatan kepentingan. Sekatan Kepentingan secara jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dijual dan/atau tidak boleh diduduki oleh orang Bukan Melayu;

2. Tanah rezab Pasar Jalan Raja Bot seluas 44.3 ekar (16.3 hektar) merupakan tanah yang mula dibangunkan sejak 1955; dan

3. Kawasan luar M.A.S yang dimiliki oleh DBKL dan PKNS seluas 40.29 ekar (18.8 hektar) dengan pegangan bebas tanpa sekatan kepentingan.

0 Response to "Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) - 4 July 2016"

Post a Comment