Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang - 5 July 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang - 5 July 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Pahang/warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut : -



Jawatan:

1. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT ( LELAKI )

Gaji Minima : RM1,000.00

Taraf Jawatan : Tetap

Umur : 18 tahun hingga 30 tahun

Kelayakan : SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat :-

i) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);

ii) Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan

iii) Lulus Matematik atau Akaun.

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan
mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di
pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web
www.zakatpahang.my atau melalui link di bawah berserta salinan-salinan sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran pasport dan sertakan no.telefon rumah/pejabat/bimbit ke alamat :-

Pengurus Besar Kanan
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota
25000 Kuantan

Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 05 Julai 2016.


Catatan Am

(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga ;

(ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh
iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.






LATAR BELAKANG

Pusat Kutipan Zakat Pahang ditubuhkan pada 16 September 1995 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1996 dengan 9 orang kakitangan. Penubuhan PKZ Pahang adalah bertujuan bagi meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang yang bermula sejak tahun 1983 oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Sebelum penubuhan PKZ Pahang, pada 1993, MUIP telah melantik sebuah badan swasta iaitu AZSB (Azzakah Sdn Bhd) untuk menguruskan kutipan zakat di daerah Kuantan sebagai percubaan. Oleh kerana Azzakah Sdb Bhd berjaya meningkatkan kutipan zakat 100% ,maka MUIP bersetuju supaya kaedah yang sama dilaksanakan diseluruh negeri Pahang pada tahun 1996 dengan pegangan saham 51% oleh MUIP dan 49% oleh AZSB. Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, MUIP telah mengambil alih PKZ Pahang sepenuhnya sehinggalah sekarang.

PKZ ditadbir oleh 4 orang Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada:

PENGERUSI

YDH Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan
(SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP)
Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH

1. Yang Hormat Prof. Dato' Dr Abdul Monir bin Yaacob ,(DIMP.,KMN.,)
2. Yang Hormat Dato' Hajah Solehah binti Haji Osman (DIMP.,AMP.,PKC.,)
3. Yang Hormat Dato' Haji Halidan Bin Md Daud (DIMP.,SMP.,AMP)

KAKITANGAN

Bermula dengan 9 orang kakitangan sejak tahun 1996, PKZ Pahang terus berkembang dan kini telah mempunyai bilangan kakitangan berjumlah 85 orang. PKZ Pahang diketuai oleh seorang Pengurus Besar Kanan dan dibantu oleh tiga orang Pengurus Zon di Bahagian operasi yang merangkumi Zon Timur, Tengah dan Barat serta lapan orang Ketua Bahagian yang mengetuai Korporat, Pentadbiran dan Kewangan.

0 Response to "Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang - 5 July 2016"

Post a Comment