HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Wilayah Persekutuan - 3 Ogos 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi pengisian jawatan Pegawai Komunikasi Strategik, Gred S41/S44 secara Contract Of Service (COS) di Kementerian Wilayah Persekutuan. Butiran mengenai jawatan ini adalah seperti berikut :



Jawatan:

1. PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK GRED S41/S44


Syarat Kelayakan:

Calon perlulah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) yang diiktiraf
oleh kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf;
ATAU

(iii) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya;
DAN

(iv) Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.


Cara Memohon:

Pemohon yang berkelayakan perlu mengemukakan resume beserta gambar
terkini berukuran passport, salinan kad pengenalan dan sijil-sijil berkaitan ke
alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Wilayah Persekutuan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Aras 3, Blok 2, Menara Seri Wilayah
62100 Presint 2
PUTRAJAYA
(u.p: Encik Nor Shah bin Mohamed)

*setiap permohonan yang dihantar perlu ditanda ‘Pegawai Komunikasi
Strategik’ di sebelah atas kiri sampul.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Ogos 2016



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini




Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia

Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia adalah kementerian di bawah kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia Wilayah Persekutuan. Menterinya yang terkini adalah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sejarah Penubuhan

Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu, Kementerian Wilayah Persekutuan juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.

Pada tahun 1981, Kementerian Wilayah Persekutuan telah diturunkan statusnya menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Klang. Untuk menampung strategi pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang untuk melaksanakan dasar pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Pengumuman penyusunan semula kabinet pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi, menyaksikan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tan Sri Mohd Isa Bin Dato' Hj Abdul Samad telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang pertama.

Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping bertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Klang seperti yang tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (pindaan terkini).

Transformasi Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Kelang yang merupakan salah sebuah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah Kementerian pada 27 Mac 2004 menekankan kepentingan dan keutamaan yang diberikan kepada perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; meliputi perancangan Lembah Kelang sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk memajukan kawasan tersebut.


0 Response to "Jawatan Kosong di Kementerian Wilayah Persekutuan - 3 Ogos 2016"

Post a Comment