Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah - 7 Aug 2016

Permohonan adalah dipelaw daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.




Jawatan:

1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2016


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


 Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah



Latar Belakang Majlis Agama Islam Negeri  Kedah

MAJLIS  AGAMA  ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK) merupakan sebuah perbadanan (badan) agama khas telah wujud sejak Kerajaan Negeri Kedah menerima pakai  Undang-undang Islam di dalam sistem pemerintahnya iaitu di antara tahun 1136 – 1179. Badan ini kekal turun – temurun sehingga sekarang. Walaubagaimanapun , struktur dan fungsinya telah dibuat penambahbaikan secara berterusan melalui proses perundangan bagi membolehkannya mentadbir  urus hal ehwal agama Islam dengan berkesan dan selari dengan perkembangan semasa.

MAIK yang ada sekarang  ditubuhkan pada tahun 2008 mengikut seksyen  5 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang  Islam (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 2008) iaitu undang-undang utama semasa yang digunapakai dalam mentadbir urus hal ehwal agama Islam negeri Kedah. Enakmen 2008 memperuntukkan identiti MAIK sebagai perbadanan boleh diubahsuai mengikut keperluan atau seperti yang dititah oleh Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Enakmen ini juga memperuntukkan tanggungjawab MAIK adalah untuk membantu dan menasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku  Sultan dan membantu dan mengusaha kemajuan  dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di negeri  Kedah selaras dengan Hukum Syarak. Tanggungjawab yang sama juga diperuntukkan di  dalam Perlembagaan negeri Kedah di bawah Perkara 33B (1) dan (2), iaitu untuk menolong dan memberi nasihat secara berterusan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah selaku Ketua  Agama Islam negeri dalam melaksana bidang kuasa  agama Islam (Ahli Sunnah Waljama’ah) di negeri Kedah.

Bagi melaksana tanggungjawab ini, MAIK membuat dan melaksana dasar-dasar berkaitan dengan agama Islam berpandukan kepada Hukum Syarak. Tanggungjawab ini dilaksana dengan menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa dan jabatan-jabatan pelaksana khusus seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman dan Pusat Bimbingan Islam.

Sejarah Penubuhan dan Perkembangan MAIK 

Kedah adalah sebuah negeri tertua di Malaysia dan merupakan negeri yang terawal mengamalkan sistem pemerintahan Islam. Di bawah sistem pemerintahan ini, Sultan menjadi ketua kerajaan dan ketua agama Islam. Fungsi  MAIK seperti yang diamalkan sekarang diperkenalkan oleh Raja Kedah pertama yang memeluk agama  Islam dan yang mula mengamalkan hukum Islam di dalam pemerintahan negeri iaitu Kebawah Duli Sultan Al-Mudzafar Shah I (1136 - 1179). Pada zaman pemerintahan Kebawah Duli, alim ulama dilantik menjadi hal ehwal agama Islam dan mereka digelar sebagai Guru Sultan.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditubuh  iaitu ketika di bawah pemerintahan Kebawah Duli  Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang sedang memerintah sekarang iaitu Kebawah Duli Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah peranan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu terus diperkemas. Majlis ini diberi nama yang baru iaitu Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Penubuhannya dibuat pada 4 April, 1963 bersamaan 11 Zulkaedah, 1382 melalui penguatkuasaan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Undang-Undang Negeri Kedah No.9 Tahun 1962).

Pada tahun 2008 berpandukan kepada Enakmen 2008, Majlis ini dinamakan sebagai MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK) seperti yang ada sekarang. Pengistiharan MAIK telah dilaksana bersempena dengan sambutan Jubli Emas ke-50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul  Halim Mu’adzam Shah yang sedang memerintah sekarang iaitu Sultan Kedah yang ke-27. Perubahan ketara yang dibuat pada tahun 2008 ialah perlantikan ke jawatan Yang Dipertua Majlis bukan lagi daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Previous Post Next Post