Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Selama - 12 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur  tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.



Jawatan:

1. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19 - 3 Kekosongan

2. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19 - 1 Kekosongan


Cara Memohon:

( i ) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi ( MDS.PKDM 1/97 pindaan 2015)  yang boleh diperolehi di Kaunter Aras Satu, Majlis Daerah Selama Majlis Daerah Selama atau melalui laman web: www.mdselama.gov.my (Link disedikan di bawah untuk muatturun borang)

( ii ) Borang Rasmi MDS.PKDM 1/97 pindaan 2015 boleh diperolehi di Kaunter Aras Satu, Majlis Daerah Selama.

( iii ) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil akademik, Kad Pengenalan, Surat Beranak / Sijil Kelahiran, yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport.

( iv ) Permohonan calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan disahkan oleh Ketua Jabatan disertakan bersama.  Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.

( v ) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SELAMA,
34100 SELAMA
PERAK DARUL RIDZUAN.




Tarikh tutup permohonan : 12 Ogos 2016



Klik Muatturun Borang Jawatan 1

Klik Muatturun Borang Jawatan 2

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Selama

Kerja Kosong Terkini Negeri Perak


Latar Belakang

  • Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi.
  • Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang.
  • Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.
  • Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance.
  • Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance. 
  • Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan.
  • Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.
  • Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat.
  • Salah satu cadangan yang telah dibuat iaitu mencantumkan antara Penguasa Tempatan dengan beberapa Penguasa Tempatan yang lain untuk menjadikan satu identiti.
  • Pada tahun 1965, berlaku kucar-kacir dalam pentadbiran Majlis-Majlis Tempatan dan juga pembatalan pilihanraya Kerajaan Tempatan. 
  • Berikutan dari pembatalan pilihanraya itu, Kerajaan Tempatan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa dilantik oleh Kerajaan Negeri dan Pengerusinya dilantik oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa dengan persetujuan oleh Kerajaan Negeri.
  • Pada akhir 1960-an, Lembaga Bandaran Selama dan semua Majlis-Majlis Tempatan dalam Daerah Selama dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan bagi Selama dan cawangan.
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan pada dasarnya sebuah badan yang berotonomi kewangan dan dibantu oleh Kerajaan Negeri melalui Geran Pelancaran dan Geran Tahunan.
Previous Post Next Post