Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Yan - 11 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap berikut, keutamaan akan diberi kepada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman.



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

3. PENGHANTAR NOTIS N11

4. PEMANDU KENDERAAN H11

5. PEMBANTU AWAM H11

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MDY 2016 yang boleh didapati sendiri di
Bahagian Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan bayaran RM3.00 atau
mendapatkan borang secara pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri
berukuran 11 sm x 25 sm dan bersetem beserta kiriman wang pos RM3.00.

2. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa
memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen dokumen
seperti berikut:-

(a) Kad Pengenalan diri
(b) Sijil Kelahiran
(c) Sijil-sijil persekolahan
(d) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
(e) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
(f) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Ogos 2016






Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Yan


Latar Belakang MD Yan

Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka.

Mengikut sejarah sebutan Yan diambil daripada penghujung perkataan " Sendayan" iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu. Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah " Durian ". Bagaimanapun Daerah Yan mencatat sejarahnya tersendiri

Beberapa tempat dalam daerah ini terdapat kelompok berketurunan Acheh. Sehingga terdapat sebuah perkampungan yang dikenali " Kampung Acheh " jaraknya 2 kilometer dari Bandar Yan. Perpindahan beramai-ramai rakyat Acheh ke sini boleh diramalkan berdasarkan beberapa fakta sejarah.

Previous Post Next Post