Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Seremban - 29 Julai 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :- 



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

3. PEMBANTU OPERASI N11


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Sebelum atau pada : 29 Julai 2016 



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Seremban


Bermulanya Penempatan di Seremban

Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.

Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.

Era Lembaga Kesihatan

Sebelum zaman pendudukan Jepun, peranan Unit Penguasa Tempatan Seremban (dikenali sebagai Lembaga Kesihatan - (1897) terletak dibawah pentadbiran Residen yang ditubuhkan melalui Warta Kerajaan No. 285 bertarikh 15hb. September 1899) masih lagi terhad kepada menyediakan keperluan asas sahaja. Namun selepas Perang Dunia Ke-II, pembangunan bandar Seremban begitu pesat dimana perubahan demi perubahan yang berlaku memaksa Lembaga Kesihatan yang terhad aktivitinya diubah menjadi sebuah Lembaga Bandaran melalui Warta Kerajaan No. 143 bertarikh 12hb. Januari 1946 sehingga 1953 apabila ianya dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Seremban. Pengerusi Lembaga Bandaran Seremban selepas perang ialah seorang pegawai Inggeris, LHN Davis manakala Pegawai Daerah Seremban merangkap Setiausaha Lembaga Perbandaran ialah YM Raja Azman Bin Raja Sir Chulan.

Asal-usul Seremban

Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Stesen Keretapi Seremban

Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah pun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).

Era Majlis Bandaran Seremban

Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak. Berikut adalah senarai Pengerusi atau Presiden Majlis Perbandaran Seremban bermula dari tahun 1953 - 22hb. Julai 1965. Pada tanggal 23hb. Julai 1965, pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban telah diambil alih oleh YAB. Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan.

Previous Post Next Post