Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 8 Aug 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 8 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) seperti di bawah: (Keutamaan adalah calon yang dilahirkan dan menetap di Negeri Selangor).



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 - 02 Kekosongan

2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 - 01 Kekosongan

3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19 - 03 Kekosongan

4. PEMBANTU OPERASI (PENGASUH) GRED N11 - 01 Kekosongan


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong dan
maklumat jawatan boleh dilayari di laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya
melalui internet: www.mpsj.gov.my.

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.

ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.

iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat
pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara-
(jika yang berkenaan).

iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).

v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).

vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri
sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan
kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat
melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan
yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

i) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
temuduga.

iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan
dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.

iv) Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri

d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)


Tarikh Tutup Permohonan: 08 Ogos 2016








Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)



Latar Belakang Penubuhan Majlis Perbandaran Subang Jaya

Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ ) ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) di bawah Seksyen 4. Sebelumdiistiharkan sebagai  MPSJ, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling. Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaiktaraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran Subang   Jaya.

Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar. Melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah diwartakan pada 02 Januari, 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasaan tapak 16,180 hektar dan terbahagi kepada tujuh (7 ) Blok Perancangan mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2020 (RTMPSJ 2020 ) iaitu:
  • Blok Perancangan 1 ( Subang Jaya – USJ );
  • Blok Perancangan 2 ( Subang Hi – Tech );
  • Blok Perancangan 3 ( Putra Height );
  • Blok Perancangan 4 ( Kinrara );
  • Blok Perancangan 5 ( Puchong );
  • Blok Perancangan 6 ( Bandar Putra Permai ); dan
  • Blok Perancangan 7 ( Seri Kembangan )

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 8 Aug 2016"

Post a Comment