HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Melaka - 8 Aug 2016

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM (Melaka)



Jawatan:

1. PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)


Syarat Lantikan:

i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau setaraf;

ii. Calon-calon mestilah memiliki CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di
peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang;

iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh Universiti;

iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik;

v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada diperingkat Ijazah Sarjana Muda /
Sarjana);

vi. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab
tatatertib tidak boleh dipertimbangkan;

vii. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.



Tarikh tutup permohonan : 08 August 2016





Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Melaka




UiTM Melaka Kampus Alor Gajah

UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.

UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM)

Mula beroperasi pada 15 Disember 2006, dengan 11 orang kakitangan pentadbiran. Sesi akademik bermula pada 3 Januari 2007. Diterajui oleh Pengarah Kampus UiTM Melaka iaitu Prof Madya Dr Mizan bin Hj. Hitam dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus Bandaraya iaitu Prof Madya Mohd Zainud-Din bin Hassan

Merupakan agenda nasional dengan Usahasama Ketua Menteri Melaka dan Naib Canselor UiTM untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 200 000 pelajar di UiTM. Tanggal 26 Mac 2007 warga UiTM berbangga dengan perasmian KBM oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500 orang.


0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Melaka - 8 Aug 2016"

Post a Comment