Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) - 26 July 2016

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berkebolehan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:



Jawatan:

1. EKSEKUTIF PROMOSI/PENGURUSAN ACARA

2.PENYAMBUT TETAMU


Cara Memohon;

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta
butiran peribadi terperinci (resume) dan melampirkan salinan sijil-sijil akademik / dokumen berkaitan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB)
301&302, Wisma Yayasan Guru Malaysia Berhad,
Lorong Selangor, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Julai 2016


*Sila baca syarat kelayakan dan cara memohon di bawah

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


Fungsi YGMB

KOPERASI Yayasan Guru Malaysia Berhad (KYGMB) komited membantu ahli-ahli koperasi yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran di seluruh negara melalui pembiayaan pinjaman kredit.

Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kewujudan KYGMB dilihat sebagai satu usaha murni untuk menyatukan kekuatan ummah dari segi usaha meningkatkan kepentingan ekonomi anggota koperasi.

Katanya, peluang pembiayaan kredit ini terbuka kepada anggota koperasi iaitu kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran.

''Sehingga kini, sebanyak 10 permohonan pinjaman kredit koperasi diterima dan dijangka akan meningkat berikutan usaha berterusan mempromosi kepentingan koperasi.

"Kita berharap lebih ramai kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran mendaftar sebagai anggota koperasi bagi menikmati kemudahan-kemudahan pembiayaan yang diwujudkan," katanya ketika ditemui pada majlis Pembiayaan Pinjaman Koperasi Kepada Anggota-Anggota Koperasi YGMB di pejabatnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, koperasi KYGMB turut digalakkan untuk terlibat secara langsung dengan fungsi koperasi itu sendiri seperti menyediakan pakej pinjaman kredit khas untuk kakitangan Kementerian Pelajaran.

Katanya, ia meliputi pinjaman hartanah, khas, biasa, pelajaran, pelancongan, umrah dan kecemasan.
Selain itu, katanya, koperasi sedang giat mempromosi produk terbaru iaitu pinjaman peribadi khas bagi kakitangan bersara dan pakej pembaharuan insurans motor takaful.

"Bagi semua tujuan itu, KYGMB mengenakan kadar caj yang lebih rendah antara dua hingga lima peratus daripada pinjaman pembiayaan kredit.

Alimuddin menegaskan, ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada seluruh ahli koperasi iaitu kakitangan Kementerian Pelajaran dan guru-guru yang memerlukan pembiayaan kredit kewangan dengan lebih sistematik.

Previous Post Next Post