Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara (YKN) - 27 July 2016

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan kosong secara Kontrak di Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia seperti yang dinyatakan dibawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Julai 2016. Permohonan perlu dikemukakan secara dalam talian dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan dipautan PERMOHONAN DALAM TALIAN di www.yknm.org . Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan di anggap tidak berjaya. Butiran maklumat jawatan adalah seperti berikut:



Jawatan:

1. EKSEKUTIF PERAKAUNAN/PROJEK/DANA (GRED 29)

2. PEMBANTU PENYELIA SHIF (GRED 11)


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Julai 2016




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini




Sejarah Penubuhan

Menjelang akhir tahun 70-an, terdapat banyak rayuan bantuan daripada rakyat terutama dari  keluarga miskin  atau mereka yang kurang bernasib baik dan yang perlu dihantar ke luar negeri bagi rawatan segera pembedahan jantung berlubang.​

Rayuan tersebut telah dikemukakan kepada badan-badan kerajaan dan setengahnya disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan untuk mendapatkan belas kasihan orang ramai. Malangnya, rayuan ini tidak mendapat sambutan yang sewajarnya, mungkin ianya diluar skop bantuan jabatan kerajaan mahupun agensi swasta yang berkenaan.

Walaupun pihak akhbar memainkan peranannya namun kerumitan masih ada. Derma yang diminta kadangkala tidak mencukupi atau lewat sampai. Keputusan yang diterima selalu mengecewakan. Kementerian Kebajikan Masyarakat walaupun mempunyai berbagai skim bantuan, namun skim bantuan dan kadar maksimum bantuannya adalah terhad. Justeru itu, keadaan ini telah menggalakkan penubuhan Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

YKN tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap dan bagi memastikan dana yang mencukupi, YKN sentiasa mengalu-alukan sumbangan derma daripada individu, syarikat swasta dan sebagainya. Semua sumbangan derma kepada YKN akan dikecualikan daripada cukai seperti yang telah diwartakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui Warta Kerajaan Bil. No.1069 bertarikh 4hb Mac 1982.​
​​
Berasaskan P.U (A) 222/2009, YKN adalah sebuah badan kebajikan yang diletakkan di bawah bidang tugas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat. YKN diurustadbirkan oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah berpandukan Suratikatan Amanah bertarikh 18hb Jun 1981 yang didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.

Previous Post Next Post