Jawatan Kosong di FELCRA Properties Sdn. Bhd - 30 Aug 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di FELCRA Properties Sdn. Bhd - 30 Aug 2016

FELCRA Properties Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik FELCRA Berhad yang bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan hartanah dan pemaju bagi tanah-tanah milik FELCRA Berhad. FELCRA Properties Sdn. Bhd. mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :



Jawatan:

1 Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) BAND 5

2 Pengurus Kanan (Pengurusan Aset) BAND 5

3 Pengurus (Kredit) BAND 3

4 Eksekutif (Kontrak) BAND 1

5 Eksekutif (Kewangan) BAND 1

6 Penolong Eksekutif (Pentadbiran) A&T 2 


Cara Membuat Permohonan:

a) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang yang boleh
diperolehi melalui laman sesawang www.felcra.com.my atau di pejabat
FELCRA Properties Sdn. Bhd., Aras Bawah, Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur atau melalui link admin sediakan di bawah.

b) Setiap permohonan hendaklah menyertakan salinan Kad Pengenalan, Sijil-sijil
kelayakan akademik serta lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan
benar beserta sekeping gambar berukuran passport.

c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Ogos 2016 jam 4.00 petang.

d) Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak.

e) Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan
dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak dihubungi dalam masa 3 (tiga)
bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

f) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut dan
nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat
berkenaan.

FELCRA Properties Sdn. Bhd.
Aras Bawah, Wisma FELCRA,
Lot PT 4780, Jalan Rejang,
Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di FELCRA Properties Sdn. Bhd



Latar Belakang

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.

Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.

0 Response to "Jawatan Kosong di FELCRA Properties Sdn. Bhd - 30 Aug 2016"

Post a Comment