Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan Malaysia - 1 Sept 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan Malaysia - 1 Sept 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan Perikanan Malaysia.



Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN F41


a) Taraf Lantikan : Ijazah

b) Kadar Upah : RM100 satu (1) hari

c) Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian

d) Penempatan :
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Jabatan Perikanan Malaysia,
Putrajaya


Syarat-syarat Lantikan:

Calon – calon perlu memiliki kelayakan akademik seperti berikut :

2.1. Ijazah dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf;

2.2. Memiliki kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.

Calon – calon perlu memiliki pengetahuan / kemahiran / minat dalam bidang seperti berikut :

2.3. Mempunyai pengetahuan dalam pengaturcaraan menggunakan PHP
/Java Programming dan Pangkalan Data MySQL / MS SQL.

2.4. Mempunyai pengetahuan dalam bidang operasi teknikal /
penyelenggaraan / rangkaian / keselamatan ICT


Deskripsi Tugas:

3.1 Bertanggungjawab dalam membangun program baharu untuk kegunaan Jabatan, mengembangkan sistem komputer sedia ada bagi memenuhi keperluan;

3.2 Bertanggungjawab menguruskan pangkalan data dan menjaga integriti data;

3.3 Menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan kepada pihak pengguna;

3.4 Bertanggungjawab sepenuhnya bagi pelaksanaan dan memantau projek ICT;

3.5 Pengurusan / pemantauan aset ICT termasuk pengendalian penyelenggaraan; dan

3.6 Pengurusan laman web dari segi teknikal dan kandungan termasuk persediaan penilaian ProBE.


Cara Memohon:

4.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan softcopy Resume ke emel bakri@dof.gov.my dan satu (1) salinan Resume lengkap beserta gambar berukuran pasport kepada Jabatan secara bertulis.

4.2 Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 1 September 2016 dan dialamatkan kepada :

JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
ARAS 4, BLOK MENARA 4G2,
NO.30, PERSIARAN PERDANA
62628, PRESINT 4
PUTRAJAYA



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Jabatan Perikanan Malaysia





Sejarah Penubuhan Jabatan

Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit Perikanan Kolonial diwujudkan oleh Kerajaan British di bawah Pentadbiran Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Selat

Sejarah Awal (1894 - 1945 ) - Penubuhan Jabatan Perikanan

Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit ini bertanggungjawab mengawal aktiviti perikanan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada waktu itu, aktiviti perikanan diusahakan secara kecil-kecilan sebagai saradiri penduduk yang tinggal di tepi pantai dan muara sungai. Pada tahun 1904, satu kajian awal mengenai spesis ikan laut telah dijalankan di pantai barat Negeri-Negeri  Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada masa yang sama penghijrahan penduduk dari selatan Thailand negeri Perlis, Kedah dan Kelantan semakin ramai. Sebahagian daripada mereka telah menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai punca pendapatan. "Ordinan Perikanan" telah diperkenalkan pada tahun 1909 bagi mengawal aktiviti perikanan.

Pada 1 Februari 1915 sebuah jabatan yang bertanggungjawab ke atas urusan perikanan telah diwujudkan yang dikenali sebagai Jabatan Perikanan dan Muzium. Ia diketuai oleh H.C.Robinson sebagai pengarah. Pada tahun 1921, C.E.Green dilantik mengetuai Jabatan Perikanan dan Muzium. Pada 14 Julai 1922, Jabatan Perikanan dan Muzium telah dipisahkan dan Jabatan Perikanan British-Malaya ditubuhkan. David G. Stead telah dilantik sebagai pengarah dan Singapura dipilih menjadi lokasi ibu pejabatnya yang pertama.

Usaha untuk membangun dan memajukan akuakultur telah dimulakan pada tahun 1930an. Sebuah Stesen Percubaan Menternak Benih Ikan Air Tawar di Tapah, Perak telah ditubuhkan pada tahun 1935. Tumpuan utama Jabatan Perikanan British-Malaya ialah melindungi sumber perikanan, meningkatkan pengeluaran ikan dan mempelbagaikan pengeluaran dari sumber perikanan.

0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan Malaysia - 1 Sept 2016"

Post a Comment