Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 28 Aug 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 28 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan  kepada Anak Negeri Selangor.



Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PSH)

3. SETIAUSAHA PEJABAT N29

4. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (CFS)

5. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

6. PENOLONG AKAUNTAN W29

7. PENOLONG JURUTERA (PSH)

8. PEMBANTU MUZIUM S19

9. PEMBANTU TADBIR (PSH)

10. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

11. PEMBANTU OPERASI N11

12. PEMBANTU OPERASI (PENGASUH) N11

13. PEMBANTU AWAM H11



Tarikh Tutup Permohonan : 28 Ogos 2016




Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)


Latar Belakang

Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah petempatan baru atau kawasan petempatan bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya.

Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan "Old Town" dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan 1 (satu) yang sekarang dipanggil Jalan Templer merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya.

Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kuasa pentadbiran bandar Petaling Jaya kemudiannya diserahkan kepada sebuah Badan Berkanun iaitu Petaling Jaya Authority. 1hb Januari 1964, merupakan satu detik bersejarah bagi Petaling Jaya kerana melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil 2/1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai ‘Autonomi Kewangan' telah ditubuhkan untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.

0 Response to " Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 28 Aug 2016"

Post a Comment