Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tumpat - 21 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap berikut, keutamaan akan diberi kepada Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim.



Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUATKUASA N17

2. PEMBANTU AWAM H11



Cara Memohon:

i) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang asal MDT. 1 yang boleh didapati di
Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Tumpat dengan harga RM 3.00 setiap satu.

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran pasport, salinan
kad pengenalan, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain
berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan ke atas.

iii) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 21 Ogos 2016.


Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar atau dipos kepada alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TUMPAT
JALAN TANJUNG KUALA
16200 TUMPAT, KELANTAN.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi. Segala kos permohonan dan temuduga adalah tanggungan pemohon.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Ogos 2016
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini





Latar Belakang

Majlis Daerah Tumpat adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuh pada 1 Januari 1979 berikutan suatu keputusan dibuat oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dalam tahun 1973 berhasrat supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dalam Semenanjung Malaysia dibuat penyusunan semula. Penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan ini dibuat adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171 tahun 1976.Sebenarnya sistem Kerajaan Tempatan di Negeri Kelantan Darulnaim ini telah lama wujud ianya bermula sejak tahun 1907 dengan penubuhan ‘Sanitory Board' di beberapa kawasan di bawah undang-undang ‘Sanitory Board' tahun 1907. Tumpat seiring dengan Kota Bharu dan Pasir Mas merupakan tiga buah jajahan yang mula-mula diletakkan di bawah kawalan ‘Sanitory Board' dengan tugas-tugas utama kebersihan, pungutan sampah dan lampu-lampu jalan pada tahun 1914.

Dalam penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan yang telah sedia ada sebelum tahun 1979 iaitu Lembaga Bandaran Tumpat yang wujud dalam tahun 1955 dan Majlis Tempatan Wakaf Bharu dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut menjadikan satu penguasa tempatan yang diberi nama Majlis Daerah Tumpat‘ seperti namanya pada hari ini.

Previous Post Next Post