Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sepang - 15 Ogos 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak Negeri Selangor) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Sepang seperti berikut:



Jawatan:

1. AKAUNTAN WA41

2. PEGAWAI PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA W41

3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

6. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29

7. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29

8. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29

9. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

10. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

11. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

12. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19

13. PEMBANTU PENILAIAN W19

14. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S19

15. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

16. PEMANDU KENDERAAN H11

17. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh tutup permohonan : 15 Ogos 2016




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Sepang




Pengisytiharan Majlis Perbandaran Sepang

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSepang) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada semua warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan khidmat masyarakat.

Pada mulanya MPSepang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan nama Majlis Daerah Sepang. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Selangor bertarikh 13 November 2002 telah menaik taraf Majlis Daerah Sepang kepada Majlis Perbandaran Sepang. Perakuan Suruhanjaya Pilihanraya melalui surat bertarikh 7 Mei 2003 turut dirujuk bagi kenaikan taraf ini. Pengesahan dari Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan telah diperolehi pada 19 Mac 2004.

Majlis Perbandaran Sepang disahkan naik taraf pada 3 Mac 2005. Kini keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang meliputi keseluruhan kawasan Daerah Sepang iaitu seluas 56,150 hektar (jumlah keluasan yang dinyatakan tidak termasuk kawasan tiga batu nautikal dari tikas air surut).

Upacara pengisytiharan gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Stadium Perbandaran Sepang yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 13 Disember 2005.

Previous Post Next Post