Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sungai Petani - 24 Aug 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sungai Petani - 24 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :- 



Jawatan:

1. PEGAWAI PENGUATKUASA KP44

2. JURUTERA J41

3. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

4. ARKITEK LANSKAP J41

5. AKAUNTAN WA41

6. PEGAWAI PENILAIAN W41



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Sebelum atau pada : 24 Ogos 2016 



Latar Belakang

Sejarah awal penubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada tahun 50-an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan diterima pakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Town Board) untuk pentadbiran bandar Sungai Petani diwujudkan.

Pada 1 Ogos 1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKT.KM) ditubuhkan dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun.

Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) diwujudkan bagi menggantikan MDKT.KM, berikutan kuatkuasanya Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) dan telah diwartakan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Penubuhan ini melibatkan Penguasa Tempatan Lembaga Bandaran yang digabungkan seperti berikut :-

  • Majlis Bandaran Sungai Petani
  • Lembaga Bandaran Kuala Muda, Kota Kuala Muda, Padang Lembu, Semeling, Tanjung Dawai dan Tikam Batu
  • Majlis Tempatan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun


Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan kawasan daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan, kemajuan projek dan pelesenan. Sungai Petani sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran pada 2 Julai 1994 bersamaan 22 Muharram 1415H dan perisytiharan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Seri Dato' Seri Haji Osman bin Haji Aroff, PSM, SSDK, DHMS, JMN, JP - Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu.

Dengan kenaikan taraf ini, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, pelesenan, perancangan, penyediaan kemudahan infrastruktur dan sebagainya bagi memastikan kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk bandar Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sungai Petani - 24 Aug 2016 "

Post a Comment