HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim - 7 Aug 2016

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:- (Keutamaan adalah calon lelaki yang dilahirkan dan menetap di Negeri Kedah).



Jawatan:

1. FRONT OFFICE

2. HOUSEKEEPING



1. FRONT OFFICE

Kelayakkan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

 a) Warganegara Malaysia

 b) Berumur 18 tahun keatas.

 c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 d) Pengalaman adalah diutamakan.

Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja Front Office dan lain-lain tugas yang
diarahkan dari masa ke semasa.


2. HOUSEKEEPING

Kelayakkan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

 a) Warganegara Malaysia

 b) Berumur 18 tahun keatas.

 c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 d) Pengalaman adalah diutamakan.

Tugas :

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja housekeeping dan lain-lain tugas yang
diarahkan dari masa ke semasa.


Cara Memohon:

1) Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman Portal MPKK
http://www.mpkk.gov.my/ms/mp-kulim/sumber/muat-turun-borang/e-borang atau melalui link di bawah

2) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah
mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am
Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan.

3) Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-

a) 2 keping gambar berukuran passport

b) Salinan Sijil Kelahiran

c) Salinan Kad Pengenalan

d) Salinan Sijil Peperiksaan

e) Lain-lain Sijil yang berkaitan.

4) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.

5) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul
surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat
hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

6) Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturanperaturan
yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di
alamat seperti berikut:-

PENGURUS
KULIM INN,
MAJLIS PERBANDARAN KULIM,
JALAN BUKIT AWI ,
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN


Tarikh tutup permohonan : 07 Ogos 2016




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Kulim

Kerja Kosong Terkini Negeri Kedah

Latar Belakang Majlis Perbandaran Kulim

Sejarah Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bermula apabila memorandum kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim ke majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang bertarikh 10 hb. Julai 1996 telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berikutan persetujuaan Mesyuarat Majlis Penuh antara Ketua-Ketua Jabatan (Pegawai Pentadbir Negeri) pada 29 hb. Mac 1995. pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman 1997 yang mana jawatankuaa telah di mengkaji kenaikan taraf Pihak Berkuasa Tempatan yang bertarikh 22 April 1997 supaya pihak Majlis Daerah Kulim dikehendaki mengemukakan beberapa fakta tambahan seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya ia dapat dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Pada 28 hb. Febuari 1998 Majlis Mesyuarat Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan satu mesyuarat yang berkaitan dengan pertimbangan untuk menaikkan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim. Hal ini berikutan permohonan pihak majlis yang lalu melalui Memorandom Majllis Daerah Kulim (PSU(K) 174/1417) menurut Seksyen 3(d) dan 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1997 (Akta 171) mulai 1hb. Januari 1997 dan telah membenarkan pihak majlis menyusun dan memperkemaskan struktur organisasi dan juga jumlah kakitangan yang mencukupi seperti penjawatan yang telah dcadangkan di lampiran T kertas 7(F) 63/98 sejajar dengan pengiktirafan Majlis Perbandaran.

Pada 16hb November 1998 Y.B Dato’ Tin Chew Peh bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberi sokongan keatas kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim (MPPK). Penantian untuk dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran selama tiga tahun tidak membuahkan hasil berikutan terdapat beberapa sebab yang tertentu. Menjelang tahun 2001, selepas tiga tahun berlalu Y.B Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain telah mengemukakan rayuan yang bertarikh rayuan 22hb Febuari 2001 kepada Y.B Dato’ Seri Ong Ka Ting Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Rayuan mempercepatkan Proses Kenaikan Taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim disegerakan.

Berikutan dengan itu, maka pada 6hb Jun 2001 satu Mesyuarat Khas Ketua Bahagian dan Unit (Kenaikan Taraf Majlis Perbandaran) telah diadakan untuk membincanngkan persiapan yang berkaitan dengan Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Pada tanggal 30hb. Ogos 2001 telah diadakan Majlis Pengisytiharaan MPKK di Stadium Keladi, Kulim dengan disaksikan oleh ribuan kelompok masyarakat Daerah Kulim. DYMM Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim telah mencemar duli baginda mengisytiharkan Majlis Daerah Kulim ke Majlis Perbandaran Kulim. Maka dengan ini, mulai 1hb Ogos 2001 Majlis Daerah Kulim (MDK) telah dinaikkan taraf ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPPK).


0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim - 7 Aug 2016"

Post a Comment