Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia - 11 Sept 2016 [23 Kekosongan]

Warganegara Malaysia yang berkelayakkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebagaimana di bawah:



Jawatan:

1. BINTARA MUDA MARITIM T5

(23 Kekosongan dibuka)


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa sepatu;

berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;

mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

KELAYAKAN LANTIKAN KE PANGKAT BINTARA MUDA MARITIM

diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred T5 : RM1,930.18).



Tarikh tutup permohonan : 11 September 2016 (Ahad)



Permohonan adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA8i). Admin telah sediakan link di bawah.





Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


Latar Belakang

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan setelah satu kajian yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia pada April 1999. Hasil dari kajian tersebut menunjukkan penguatkuasaan berkaitan maritim tidak begitu berkesan kerana terlalu banyak agensi yang terlibat. Hal ini mengakibatkan pertindihan dari segi fungsi dan bidang tanggungjawab serta penggunaan sumber tidak ekonomik.

APMM telah ditubuhkan dengan penubuhan satu Tim Nukleus yang ditugaskan untuk menjalankan segala usaha yang perlu bagi mewujudkan agensi ini. Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 (Akta 633) telah diwartakan pada 1 Julai 2004 dan telah dikuatkuasakan pada 15 Februari 2005. Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Majlis Memperkenalkan APMM pada 10 Oktober 2005. APMM telah memulakan operasi pada 30 November 2005. Majlis Pelancaran Rasmi APMM telah diadakan pada 21 Mac 2006 yang juga disempurnakan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Previous Post Next Post