Jawatan Kosong di Mahkamah Syariah Negeri Melaka - 10 Okt 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Mahkamah Syariah Negeri Melaka - 10 Okt 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak negeri Melaka) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Mahkamah Syariah Negeri Melaka adalah seperti berikut :



Jawatan:

1. PEMBANTU SYARIAH (KAATIB / JURUTULIS) GRED LS19
4 Kekosongan


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia (Keutamaan Anak Negeri Melaka);

b) Berumur tidak kurang daripada 18 Tahun pada tarikh tutup Iklan Jawatan; dan

c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Kelayakan Yang Diiktiraf Setaraf dengannya oleh Kerajaan serta :

- Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah atau

- Pendidikan Syariah Islamiah; dan

- Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).

d) Calon hendaklah memiliki Kepujian (Sekurang-Kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Cara Memohon:

(i) Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah menghantar permohonan seperti berikut :

a. Sesalinan Resume lengkap berserta gambar berukuran passport;
dan

b. Salinan sijil-sijil kelayakan akademik atau dokumen-dokumen yang berkaitan yang diakui sah.

(ii) Dokumen permohonan yang lengkap bolehlah dihantar ke alamat berikut sebelum tarikh tutup iklan pada 10 Oktober 2016 (Isnin) :


Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Jalan Ayer Keroh Lama, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
(u.p.: Unit Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia)



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah





Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Mahkamah Syariah Negeri Melaka



Pengenalan Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah ditubuhkan di bawah Seksyen 39 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka, 1959. Sejak awal penubuhannya sehingga 1989, MSNM diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM).

Walaubagaimanapun, pentadbiran MSNM mula diasingkan daripada JAIM pada tahun 1990 dan beroperasi di bangunan Majlis Agama Islam, Jalan Tengkera kemudian berpindah ke bangunan Merah di Jalan Kota, kemudian di Jalan Kee Ann. Pada tahun 1995, MSNM telah berpindah sekali lagi ke Kompleks Mahkamah Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Melaka sehingga sekarang.

Bidang kuasa MSNM adalah di dalam pengurusan kes Mal, Jenayah dan Faraid di semua peringkat Mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah mengikut peruntukan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 dan Enakmen Kesalahan Syariah 1991. Manakala pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah pula dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan juga Jasin.

0 Response to "Jawatan Kosong di Mahkamah Syariah Negeri Melaka - 10 Okt 2016"

Post a Comment