Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - 26 Sept 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) seperti berikut :




Jawatan:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41

2. PEMBANTU OPERASI N11


Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari Kaunter Majlis Agama Islam Melaka, Aras 1, Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, 75400 Melaka atau boleh dimuat turun di Laman Web : http//.www.maim.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

iii. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

v. Permohon hendaklah mengisi satu borang permohonan untuk satu jawatan sahaja, sekiranya berminat untuk memohon lebih dari satu jawatan, pemohon hendaklah mengisi borang permohanan yang lain. Selain itu, pemohon juga dikehendaki mengisi nama jawatan dan gred di borang perhonan jawatan.

vi. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Melaka, Aras 1,
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, 75400 Melaka.
(U.P : Bahagian PSM dan Penerbitan MAIM)


Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2016 (Isnin) 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah





Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)



Penubuhan MAIM

Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia adalah bertujuan menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong . Penubuhan Majlis Agama Islam Melaka diperkukuhkan berdasarkan enakmen penubuhan iaitu :

Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Melaka ) 2002 Seksyen 4 ceraian 1. Maka Hendaklah ada satu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam Melaka" untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berhubung agama Islam.

Sebagai sebuah badan pembuat dasar Agama Islam Negeri Melaka, beberapa agensi / institusi Islam telah ditubuhkan seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-anak syarikat MAIM untuk melaksanakan segala keputusan atau dasar yang telah dibuat oleh MAIM

Previous Post Next Post