Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kampar - 19 Sept 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41/N44

2. PEGAWAI TADBIR (AKAUNTAN) N41/N44

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29/N32

4. PEMBANTU KEMAHIRAN H19/H22

5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19/U22


Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kampar (MDKpr) yang boleh diperolehi dari Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kampar atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

ii. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran paspot, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan, kelulusan akademik dan dua keping sampul surat beralamat sendiri dengan setem RM0.80.

iv. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.  
   
v. Keterangan lanjut berhubung dengan iklan seperti syarat-syarat lantikan boleh didapati di Kompleks Pentadbiran  MDKpr    pada    waktu    pejabat   atau   dengan  melayari  laman  web  www.mdkampar.gov.my   atau  melalui  telefon  05-4671015 dan 05-4671052.
  
vi. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Yang Dipertua 
Kompleks Pentadbiran 
Majlis Daerah Kampar, 
Jalan Iskandar, 31900 Kampar, 
Perak Darul Ridzuan.

vii. Tarikh tutup permohonan pada : 19 September 2016



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Kampar



Latar Belakang

Kawasan Kawalan Dan Operasi

Majlis Daerah Kampar diwartakan sebagai sebuah kerajaan tempatan pada 1hb. Disember 1979 dengan berkuatkuasanya Warta Kerajaan PK.PU bertarikh 24hb. Mac 1981. Keluasan Majlis Daerah Kampar meliputi kawasan seluas 109.65 km persegi iaitu 10,965 hektar yang di kategorikan kepada dua kawasan utama iaitu :

a) Kawasan Operasi seluas 23.37 km persegi yang terdiri daripada 11 kawasan utama iaitu :

Kampar
Gopeng
Malim Nawar
Mambang Diawan
Tronoh Mines
Kuala Dipang
Jeram
Sungai Siput (S)
Lawan Kuda
Kopisan
Kota Baharu
b) Kawasan Kawalan

Iaitu kawasan seluas 86.28 km persegi yang merupakan kawasan yang dikawal dari segi pembangunannya.

Previous Post Next Post