Jawatan Kosong di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) - 7 Okt 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) - 7 Okt 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) seperti berikut :-



Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI N11


Syarat Lantikan:

a) Warganegara Malaysia;

b)bBerumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

d) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat PT3/PMR



Tarikh tutup permohonan ialah pada 07 Oktober 2016



Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat melalui jobsmalaysia
Sila ke laman jobsmalaysia : Klik Sini


Ikuti step di bawah:


1. Sila masukkan keyword : Maktab Koperasi Malaysia


2. Pilih Cari Majikan


3. Pilih :

Majikan: MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
MAKTAB KOPERASI MALAYSIA, PETALING, SELANGOR. SEKTOR: PENDIDIKAN KOLEJ DAN UNIVERSITI (AWAM) - (No. 1)


4. Pilih Jawatan yang berkelayakan, klik dan Mohon


Perhatian:

Pastikan anda telah mendaftar dengan Jobsmalaysia semasa hendak memohon. Semoga berjaya.

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Maktab Koperasi Malaysia (MKM)


Sejarah MKM

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang sebelum ini di kenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia adalah merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

Ketika ditubuhkan dalam tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan MKM keseluruhannya.

Dalam tahun 1968, MKM telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang di luluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan)(Pindaan ) 2011[Akta 1398] yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2011 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus MKM supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi meyokong pembangunan gerakan koperasi.

MKM pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Pada tahun 2009, MKM telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

0 Response to "Jawatan Kosong di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) - 7 Okt 2016"

Post a Comment