Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA - 4 Okt 2016

Institut Pendidikan Neo (iNED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak (Tabung Amanah iNED) di iNED, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.



Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,464.80).
dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C, termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang Institut Pendidikan Neo (iNED) http://www.ined.uitm.edu.my atau boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Institut Pendidikan Neo (iNED) atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah:


Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENGARAH
PUSAT PENTADBIRAN, PENGAMBILAN PELAJAR & KUALITI
INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED)
ARAS 2, UiTM-MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR
(U/P: PN.ROSLINA BINTI KASMANI / PN. ROSNI BINTI SHAFEAI)

NO.TEL : (03) 5544 8336



Tarikh tutup permohonan : 04 Oktober 2016



Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Teknologi MARA

Kerja Kosong Terkini Negeri Selangor


Sejarah 1956, 1965, 1967, 1996

UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. 

Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.

Previous Post Next Post