Temuduga Terbuka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 5 & 6 Sept 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Temuduga Terbuka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 5 & 6 Sept 2016

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti berikut:-



Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN 

Upah : RM54.00 sehari

Penempatan : DBP Kuala Lumpur dan DBP Wilayah Timur


Syarat Lantikan:

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Maklumat Temuduga Terbuka:

Temu duga terbuka akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 5 dan 6 September 2016 (Isnin dan Selasa)

Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang

 Tempat : Bilik Mesyuarat A.Kadir Adabi, Aras 29, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.


Arahan:

Calon wajib mengisi Borang Permohonan Jawatan DBP (Borang PSM:12/2014 (Pindaan Pent.
27/99) yang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP di http://www.dbp.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah. 

Calon juga perlu membawa sijil asal dan salinan dokumen seperti yang berikut:

(a) Kad Pengenalan

(b) Sijil Pelajaran Malaysia

(c) Gambar berukuran pasport

(d) Sijil Kokurikulum

(e) Lesen memandu (Jika ada)

Calon yang tidak membawa sijil asal tidak akan ditemu duga.

Calon wajib berpakaian kemas semasa menghadiri temu duga.


Temuduga Terbuka Terkini 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


Latar Belakang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

0 Response to "Temuduga Terbuka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 5 & 6 Sept 2016"

Post a Comment