Jawatan Kosong di FELCRA Berhad - 4 Nov 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di FELCRA Berhad - 4 Nov 2016

Kami merupakan sebuah Syarikat “Government Owned Company (GOC)” yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Syarikat, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:-



Jawatan:


1. PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN GRED BAND 3(A)


Syarat Kelayakan:

i. Terdiri daripada warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan atau lain-lain bidang berkaitan dari Universiti
Tempatan atau mana-mana institusi yang diiktiraf dan diakreditasi oleh LAN/MQA.

iv. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam bidang
Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.


Gaji adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Berhad.


Cara Memohon:

Borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web www.felcra.com.my atau datang terus ke Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Wisma FELCRA Berhad, Aras 4.

Permohonan mestilah dihantar secara lengkap iaitu satu salinan kad pengenalan, salinan sijil Ijazah, Diploma, SPM, PMR dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan, berserta sekeping gambar berukuran pasport yang terkini dan dialamatkan kepada:-


Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat FELCRA Berhad
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(u.p:- Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)


Tarikh Tutup Permohonan:- 04 November 2016




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di FELCRA Berhad



Latar Belakang

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.

Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.

0 Response to "Jawatan Kosong di FELCRA Berhad - 4 Nov 2016"

Post a Comment