Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - 25 Okt 2016

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-



Jawatan:


1. TUKANG MASAK (GRED K1) - 1 Kekosongan


2. JURUJUAL (GRED K2) - 3 Kekosongan



Taraf Jawatan : Anggota Projek FAMA (Kontrak)


1. Tukang Masak (Gred K1)

Gaji Pokok : RM 1200.00 sebulan

Elaun – Elaun : Elaun Kedatangan : RM 75.00

Syarat Lantikan : (1) Warganegara Malaysia;

(2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(3) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan pengalaman.

Penempatan : Lazaria Café, Ibu Pejabat FAMA


2. Jurujual (Gred K2)

Gaji Pokok : RM 1040.00 sebulan

Elaun – Elaun : Elaun Kedatangan : RM 75.00

Syarat Lantikan : (1) Warganegara Malaysia;

(2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(3) Memiliki Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penempatan : Kiosk Buah & Jus, KLIA


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p.(muatturun melalui link di bawah)

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil-sijil persekolahan, Kad
Pengenalan, Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi terakhir.

(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.


Permohonan hendaklah sampai kepada:

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Oktober 2016 (SELASA)




Jawatan Kosong Terkini 2016 di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)



Latar belakang

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buhan serta produk -produk industri asas tani

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah dan sedang menggiatkan usaha-usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran dengan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut;

  • Memperkukuhkan bekalan melalui program ladang kontrak;
  • Memperluaskan akses pasaran; dan
  • Meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport

Previous Post Next Post