HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Sarawak - 11 Nov 2016

Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-



Jawatan:


1. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19



4 Kekosongan – (2 Kuching, 1 Miri dan 1 Bintulu)


Jadual Gaji:

Minimum RM1,360.00

Maksimum RM4,502.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,360.00) :
atau

(ii) Bekas anggota Polis Di Raja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 :RM1,360.00) ;
Atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Serta Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 :RM1,416.40) :
atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diitiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada gred
KP19 :RM1472.80).

Dan (b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu ;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dangan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.



Cara-cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonanan NREB/PJK/F2015 dalam satu salinan yang boleh didapati di semua pejabat Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar di seluruh Sarawak seperti berikut:

i) Ibupejabat -Tel: 082-319500

ii) Pejabat Kuching -Tel: 082-365972

iii) Pejabat Betong -Tel.:083-471901

iv) Pejabat Sibu -Tel: 084-337428

v) Pejabat Mukah - Tel: 084-873485

vi) Pejabat Bintulu -Tel: 086-334448

vii) Pejabat Miri -Tel: 085-437488

viii)Pejabat Limbang-Tel: 085-216488


(b) Borang permohonan yang telah sempurna diisi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan satu keping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar sebelum atau pada 11 November 2016 ke alamat seperti berikut:


Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak
Tingkat 18-20, Menara Pelita
Petra Jaya 93050 Kuching
Sarawak




Sila baca dahulu maklumat iklan dan syarat kelayakan melalui link yang admin sediakan di bawah.



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Sarawak



Background

The Natural Resources and Environment Board (NREB), Sarawak was established on 1st February 1994 pursuant to Section 3(1) of the Natural Resources and Environment Ordinance, 1993 (Cap. 84 – Laws of Sarawak).

The NREB is tasked with the responsibility of protecting and managing the environment and the conservation of the natural resources of the State based on the principles of sustainable development.


0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Sarawak - 11 Nov 2016"

Post a Comment