Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Temuduga Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 15 & 17 Nov 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi menghadiri ujian lasak terbuka jawatan berikut: :




Jawatan:


1. PEMBANTU AWAM GRED H11 (TETAP/KONTRAK) LELAKI


Tarikh Ujian Lasak : 15 November 2016 (Selasa)




2. PEMBANTU AWAM GRED H11 (TETAP/KONTRAK) WANITA


Tarikh Ujian Lasak : 17 November 2016 (Khamis)




Gaji : RM1,218.00 - RM2,939.00



Tempat Ujian Lasak:

UNIT BERKUDA,
TAMAN TASIK TITIWANGSA,
JALAN TEMERLOH
53200 KUALA LUMPUR


Masa Pendaftaran: 8.30 PAGI - 10.30 PAGI



SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

03-26179609 / 9612 / 9613


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




 SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

03-26179609/9612/9613/9614

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Temuduga Terbuka Terkini 2016 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Sejarah DBKL

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Tan Sri Dato' Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1.2.1981.

Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato' Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga 13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan.

Bermula dari 14.12.2006 hingga 13.12.2008, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Datuk Seri AB Hakim bin Borhan. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesembilan iaitu Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail yang dilantik pada 14.12.2008. Jawatan Datuk Bandar kesepuluh pula disandang oleh Tan Sri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib yang memulakan tugasnya pada 18.7.2012 sehingga 17.7.2015.

Bermula 18.7.2015 sehingga kini, jawatan Datuk Bandar kesebelas disandang oleh Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abdul Aziz.

Previous Post Next Post