Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) - 23 Dec 2016

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-



Jawatan:


1. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO)


Peranan:

• Menerajui organisasi dengan kepimpinan pro-aktif ke arah perkembangan dan kesinambungan
visi syarikat dalam bidang Teknologi Hijau.

• Membangun dan mengimplementasi strategi-strategi yang mampu melonjakkan dan
menguntungkan syarikat .

• Melapor kepada KeTTHA, Pengerusi dan Lembaga Pengarah serta dalam masa yang sama
bekerja dengan pengurusan kanan syarikat dalam membangunkan hala tuju strategik syarikat,
mengenal pasti isu, melaksanakan pelan operasi bagi mencapai objektif-objektif syarikat.

• Bertanggungjawab ke atas operasi harian dan pengurusan am syarikat.

• Bertanggungjawab membina pasukan pengurusan yang bermotivasi dan berprestasi tinggi.




Tarikh tutup permohonan : 23 Disember 2016 (Jumaat).


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)


Sejarah Kementerian

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) telah ditubuhkan pada 9 April 2009 ekoran daripada rombakan Kabinet dan penstrukturan semula Kementerian yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Sebelum itu, KeTTHA dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) yang telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 melalui penstrukturan semula Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.

Berikutan daripada rombakan Kabinet 2009 tersebut, satu (1) fungsi baharu telah dimasukkan ke dalam KeTTHA iaitu Teknologi Hijau. Serentak dengan itu, fungsi ‘komunikasi’ telah dipindahkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Kemasukan fungsi dan tanggungjawab baharu ini adalah bagi merancang, merangka dasar dan program-program teknologi hijau di Malaysia. Ini jelas menunjukkan kesungguhan Kerajaan Malaysia untuk menerajui inisiatif berhubung industri tenaga, teknologi hijau dan air negara.

Previous Post Next Post