Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - Sepanjang Tahun 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) seperti berikut :-



Jawatan:


1. PENSYARAH PERUBATAN GRED DU51P/DU53/JUSA C VK7


2. PENSYARAH DS45



Tarikh Tutup Permohonan :  Terbuka 2017


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini



Sejarah Awal Penubuhan

Idea penubuhan INSANIAH ini tercetus apabila dua orang Pegawai Tinggi kerajaan negeri, pada tahun 1993 iaitu Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Tuan Hj. Sukri Hashim, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YIK) telah mengadakan lawatan ke Kaherah Mesir, untuk meninjau pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan meneliti kebajikan mereka. Bermula dari sini, timbul cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri, mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Kedah Darul Aman.

Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Hj. Osman Hj. Arof telah mengarahkan agar dibuat satu kertas kerja yang berkonsepkan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam di negeri Kedah yang melaksanakan satu program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengadakan lawatan kerja bagi membuat perundingan awal ke Universiti Al-Azhar pada 26 hingga 31 Mac 1994.

Pihak Universiti al-Azhar pula telah membuat lawatan balas ke Negeri Kedah pada l hb hingga 7hb September 1994 yang diketuai oleh Rektornya Tuan Yang Terutama Prof. Dr. Abdul Fatah Al-Syeikh Husaini sehinggalalah perjanjian kerjasama MOU telah ditandatangani di Wisma Darul Aman, Kedah oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Dato' Seri Hj. Osman Hj. Aroff dengan Rektor Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Abd Fattah Husaini El-Syeikh pada 3hb September 1994.

Previous Post Next Post